Prologue.
For she is his poet and he is her poetry - Lang Leav x

Hurm. baru balik kay ell. sebab tiada layanan di twitter dan facebook, beralih ke encik blog pula. ehem, kiranya encik blog ni tempat yang ketiga dalam list aku. apa-apa pun tolong la bersyukur ye. senyap sunyi je dalam twitter dan facebook. sometimes, ada peneman juga kat twitter, tapi malam ni kosong. entah-entah pergi makan angin kot. lantak la sapik. haha :p

Cerita kay ell, tiada yang special cuma letih. letih sebab dok dekat rumah pak sedara nak dekat sehari. hurm, anak dia kahwin iaitu sepupu aku dan anak sedara mak aku. dah la dua adik beradik kahwin dalam satu masa. so, terpaksa la pergi. bunyi orang sana cakap Jawa, rasa terpinggir jauh. rasa macam dok di tengah-2 lautan tanpa sesiapa disisi. haha. err, tak faham langsung bahasa Jawa ni. bunyi macam Indon pun ada tapi lebih complicated. tengok orang kahwin nampak sweet. semua nampak sweet. macam tiada yang masam. perfect pun ada diorang. haha.

And, sekarang tiba-2 rasa rindu kem ni. ahhh. bunyi cengkerik, bunyi tv, bunyi semuaaa membuatkan aku jadi rindu. dugaan ni banyak sangat. aku perasan, semua kawan-2 aku jadi pelik slps balik kem. including me. pelik bukan 'tak baik' tapi pelik macam entah. pelik yang tidak boleh didescribe. aku pun terfikir kesiannya dia yang aku lukai. apakan daya, aku pun manusia. aku selalu buat silap and aku tak tahu cara apa nak perbetulkan hati ni selain minta doa. tapi, aku akan sentiasa hargai orang.

Ahhhhhh. tekkey jugok maley ni. saing ado hok triyok buat aku nok triyok jugok. Ya Allah, kuat sangat dugaan hati ni. hati, jiwa dan raga. kalaulah masa boleh diundur, dah lama aku minta balik ke hari sebelum 3 hari tu. 3 hari tu sakit sangat apabila kenang kembali. bahagia tapi sakit. dia tak akan tahu kesakitan tu. aku akan berpura-pura senyum tetapi dalam hati sangat sakit. dia boleh buat endah tak endah tapi aku susah. kenangan tu susah nak lepas. and everytime aku flashback balik memories tu, pedih hati ni. pedih sampai tak terkata. aku bahagia tapi aku sedih. sedih yang tidak boleh didescribe juga.

Sayang dua orang dalam satu masa. Itu nampak biasa tapi sebenarnya dok. Okay, aku letih dan mu takkey pehey. Bye.




Layout by ohfudge!. Colours from Colourlovers. Font from Google Web Fonts.