Prologue.
For she is his poet and he is her poetry - Lang Leav x
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bunyi macam berita la pula. So, here I am going to story mory pasal hari sukan sekolah yang mana berlaku yesterday. And yes pesko tahun ni paling paling paling meletihkan. Since aku terlibat dalam jualan and perbarisan, rasa macam orang paling kalut dalam dunia. Haha. Sampai awal pagi terus angkat meja untuk gerai persatuan ni. Kalut sangat-sangat sebab tak biasa menjual kan. Hihi. Menu kitaorang waffle aiskrim, bihun sup, bihun goreng dengan float.

As always, float yang paling laku. Habis 3dozen kot. Mujur je ada orang baik hati tolong belikan *winkwink*. Mujur juga yani ada, tolong belikan sekali lagi. And yes, waffle yang paling menyedihkan. Sebab satu je pembakar yg boleh guna, jadi budak-budak pun tak ramai dtg sebab lambat. Rasa nak menangis ada. Tapi, sabar je la.. Mujur bihun sup dan float laku. Hihi.

Then, untuk perbarisan rumah. Well, seperti yang biasa, I'm still stick with Rumah Ungu. And tahun ni rumah ungu tema universe. Which are bulan, bintang, matahari, alien and astronaut. Had to mention that astronaut was the most 'menonjol' dalam ramai-ramai. Lawak sangat balut dengan aluminium foil dan pakai topi keledar. Creative kan? Tapi, malangnya kitaorang dapat hadiah saguhati je. Taktahu silap dekat mana, tapi kitaorang dah bangga sangat-sangat sebab kitaorang pelik dari yang lai >.<

Selepas siap perbarisan tuuu, terus kejar ke gerai. Sebab nak habiskan stok, terpaksa la jual murah 'sikittt je' air float dengan bihun. Haha. Lawak gila kott ahli persatuan yang menjual ni asyik dok pekik pekik 'bihun sup siya setengoh, boleh tambah bihun'. Sampai kering tekak tapi alhamdulillah sebab laku slepas tu. Float last-last habis juga. And jeng jeng jeng duit kitaorang kutip RM974 entah berapa sen (tak ingat) Hihi. So, this was our last pesko (bagi budak2 F5) and yes, we had the most memorable experience. Sampai bila-bila pun akan ingat hari sukan 2013 ini!

 
Waffle aiskrim yang hancurrr. Haha x)

 
Besties forever ever ever ever sampai putus jari kelingking *joke* 

 
Astronaut terbaik! 


Layout by ohfudge!. Colours from Colourlovers. Font from Google Web Fonts.